Bagi permohonan PRA kedua dan seterusnya, majikan mestilah:
- Mempunyai alasan yang kukuh (disertakan bukti dokumen) ; DAN
- Mempunyai pendapatan bersih sebagaimana jadual berikut :
BIL. | PERMOHONAN | PENDAPATAN SEBULAN |
1. | Pembantu Rumah Asing (PRA) Kedua | Melebihi RM10,000.00 |
2. | Pembantu Rumah Asing (PRA) Ketiga | Melebihi RM15,000.00 |
3. | Pembantu Rumah Asing (PRA) Keempat dan selebihnya | Kelulusan khas Ketua Pengarah Imigresen |
- Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA):
- Borang permohonan PRA
- Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
- Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
- Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
- Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
- Salinan pasport PRA
- Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Bukti pendapatan tetap suami isteri:
- Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
- Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
PROSIDUR KEMASUKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
PERMOHONAN DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
- Majikan perlu mengisi borang yang diperlukan untuk memohon PRA (boleh dimuat turun pada kolum ” Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Pembantu Rumah Asing(PRA)” dan menyediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap.
- Permohonan bagi PRA boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
- Permohonan pengambilan PRA boleh dikemukakan melalui 2 cara iaitu :
- Permohonan dikemukakan oleh Majikan sendiri (Permohonan Individu) KECUALI permohonan INDONESIA DAN FILIPINA.
- Permohonan dikemukakan oleh Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengikut alamat majikan.
- Semasa penyerahan, borang permohonan mestilah lengkap dan sebarang permohonan yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap/tidak layak akan ditolak daripada diproses
- Majikan/agensi perlu membawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan.
PENGELUARAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR) DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DAN SEBELUM KEMASUKAN PRA KE MALAYSIA
- Setelah permohonan untuk mendapatkan PRA diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, majikan perlu membuat bayaran levi, visa, proses dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)) sebelum mendapatkan Visa Dengan Rujukan (VDR) akan dikeluarkan bagi membolehkan PRA memasuki Malaysia.
- Sila rujuk kolum “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran.
- Setelah bayaran dibuat, VDR akan dikeluarkan dalam 3 salinan kepada pihak majikan untuk diberikan kepada :
- Pejabat Kedutaan negara asal PRA di Malaysia
- Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA di mana visa akan dipohon.
- Salinan untuk simpanan majikan
- Satu salinan tambahan untuk permohonan melalui agensi
- Setelah mendapat VDR, PRA perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA berkenaan SEBELUM masuk ke Malaysia.
- Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk yang dibenarkan.
SELEPAS KETIBAAN PRA DI MALAYSIA
- Majikan/ agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan.
- Pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberikan Pas Khas untuk tempoh 30 hari bagi majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di Pejabat Imigresen yang meluluskan VDR berkenaan.
- Dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA, majikan/agensi perlulah memastikan PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. dalam kadar segera.
ENDOSEMEN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PL(KS)) BAGI PRA DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SETELAH PEMERIKSAAN KESIHATAN PRA
- PRA DISAHKAN SIHAT (FIT) OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA
- Setelah mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan, majikan perlu membawa salinan pasport PRA serta Laporan Pemeriksaan Kesihatan FOMEMA PRA untuk mendapatkan endorsemen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia.
- Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)) adalah pas kerja yang akan diluluskan untuk tempoh 12 bulan bagi PRA disahkan sihat oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd.
- Tempoh PL(KS) akan bermula pada tarikh kemasukan PRA ke Malaysia dan berkenaan dibenarkan bekerja sehingga tarikh akhir yang tercatat pada pelekat PL(KS) berkenaan.
- PRA hanya dibenarkan bekerja dengan majikan dan tempat kediaman sebagaimana yang tercatat di dalam PL(KS) berkenaan.
- PRA DISAHKAN TIDAK SIHAT (UN-FIT) DAN GAGAL PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA
- Sekiranya PRA telah disahkan tidak sihat dan gagal pemeriksaan kesihatan oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA, PRA tidak dibenarkan untuk bekerja di Malaysia dan perlu dihantar balik ke negara asal.
- Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia untuk memaklumkan kepada pihak Imigresen dan mendapatkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) untuk menguruskan penghantaran pulang PRA ke negara asal.
- Majikan boleh membuat permohonan Memo Periksa Keluar (e-COM) secara dalam talian melalui capaian https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main Majikan perlu memiliki ID berdaftar (menggunakan ID e-PLKS) untuk mengakses kemudahan ini secara dalam talian.
PROSIDUR LANJUTAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
- Majikan boleh membuat permohonan lanjutan PLKS secara atas talian di portal Sistem e-PLKS@JIM dipautan https://imigresen- online.imi.gov.my/plks/mainseawal 3 bulan sebelum tamat tempoh PLKS.
- Permohonan lanjutan boleh dilakukan majikan sendiri atau melantik mana-mana Agensi Pekerjaaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dipautan https://jtksm.mohr.gov.my/ms/perkhidmatan/penggajian-
pekerja-asing
- PRA perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berdaftar dengan doktor perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta disahkan sihat sebelum permohonan lanjutan dihantar secara atas talian.
- PRA yang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ialah PRA yang berada di tahun 1, 2, 3 dan bagi permohonan lanjutan ke tahun yang ganjil seperti contoh lanjutan untuk tahun ke 5, 7, 9, 11, 13 dan selanjutnya.
- Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara PRA, bayaran proses dan bayaran untuk PLKS. Sila rujuk kolum “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran.
- Majikan perlu memastikan permohonan lanjutan dibuat dalam tempoh 3 bulan SEBELUM tamat tarikh PLKS dan tempoh sah laku pasport PRA adalah TIDAK KURANG daripada 12 bulan.
- Bayaran lanjutan perlu dilakukan secara atas talian selepas kelulusan dilakukan.
- Majikan tidak perlu hadir ke Pejabat Imigresen bagi cetakan pelekat PLKS PRA. Majikan boleh mencetak sendiri e-PASS selepas 3 hari bayaran dibuat.
PROSIDUR PENAMATAN PAS LAWATAN (KERJA SEMENTARA) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
- e-COM adalah dokumen yang diperlukan sebagai permohonan penghantaran pulang PRA ke negara asal. boleh dikeluarkan atas sebab :
- Majikan ingin menamatkan perkhidmatan PRA ;
- PRA tidak mahu lagi bekerja dengan majikan kerana ingin pulang terus ke negara asal;
- PRA gagal pemeriksaan kesihatan (unfit)
- Majikan perlu membuat permohonan Memo Periksa Keluar (e-COM) secara atas talian di portal Sistem e-PLKS@JIM dipautan https://imigresen- online.imi.gov.my/plks/main
- Dokumen yang perlu dimuat naik bagi permohonan e-COM adalah :
- Salinan muka hadapan pasport (Biodata PRA) ;
- Salinan PLKS Terkini ;
- Tiket pulang ke negara asal (tarikh tiket mestilah dalam tempoh 30
hari dan tidak melebihi dari tamat pas) ; dan/ atau
- Pas Khas (e-SP) jika PLKS telah tamat tempoh (jika berkaitan)
- Majikan hendaklah memastikan PRA pulang pada tarikh yang ditetapkan melalui Pintu Keluar yang dimohon seperti didalam e-COM.
- Sekiranya majikan tidak memohon e-COM, PRA tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap PRA berkenaan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN